Lain-lain penggunaan Gentian_optik

  • Gentian boleh digunakan sebagai pemandu cahaya dalam bidang perubatan dan penggunaan-penggunaan yang lain yang memerlukan cahaya terang untuk dibawa ke suatu sasaran yang tidak mempunyai haluan garis penglihatan yang lapang.
  • Gentian optik boleh digunakan sebagai alat pengesan untuk mengukur keterikan, suhu, tekanan, dan lain-lain parameter.
  • Berkas-berkas gentian optik digunakan bersama-sama dengan kanta dalam pembuatan alat penghasilan imej yang dipanggil endoskop, dan ia digunakan untuk melihat objek melalui lubang yang kecil. Endoskop perubatan digunakan untuk pemeriksaan minimally invasive atau prosedur pembedahan (endoskopi). Endoskop perindustrian (lihat fiberskop atau boreskop) digunakan untuk memeriksa sesuatu yang sukar dicapai, contohnya bahagian dalam enjin jet.
  • Dalam sesetengah bangunan berteknologi tinggi, gentian optik digunakan untuk menghalakan cahaya matahari daripada bumbung ke bahagian-bahagian bangunan yang lain.
  • Gentian optik mempunyai banyak kegunaan untuk perhiasan, termasuk tanda isyarat dan kesenian, pokok Krismas buatan manusia, dan pencahayaan.
  • Sesetengah golongan masyarakat mempunyai teknologi gentian ke rumah yang membekalkan perkhidmatan Internet, telefon dan Televisyen Kelajuan Amat Tinggi kepada para pelanggan.